Sukacita dimaklumkan senarai nama pemegang jawatan utama Pemuda Parti Bangsa Malaysia adalah seperti berikut:-
Ketua: Na'im Brundage Timbalan: Ahmad Khairul bin M Mohamed Noor Ahli Jawatankuasa 1: Kamis bin Burhan Ahli Jawatankuasa 2: Justin Prabakaran Kalaichelvam Ahli Jawatankuasa 3: Ho Yew Kuan Ahli Jawatankuasa 4: Che Isham Sharudin Bin Che Hamat Nordin Ahli Jawatankuasa 5: Vissvanathram Thayalan Setiausaha: Adham Zahyn bin Jauhari Bendahari: Bakhtiar Aliff bin Ibrahim
Perlantikan pemegang jawatan utama Pemuda Parti Bangsa Malaysia adalah hasil perbincangan mesyuarat Pemuda Parti Bangsa Malaysia yang telah berlangsung pada tarikh 14hb Januari 2022 selari dengan perlembagaan Parti Bangsa Malaysia. Barisan kepimpinan utama Pemuda Parti Bangsa Malaysia ini bersifat inklusif dan terdiri daripada pemimpin-pemimpin berpengalaman daripada pelbagai latar belakang, agama, budaya, kaum, dan industri.
Semoga barisan kepimpinan ini dapat memberikan khidmat yang terbaik bagi memastikan Pemuda Parti Bangsa Malaysia terus ke hadapan dalam melaksanakan agenda The Great Reset 2030 di samping membentuk sebuah negara yang lebih inklusif dan progresif.
Na’im Brundage Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia



